lama sudah tidak menulis dan mencoret kata..sekarang, keluangan masa yg ada dimanfaatkan dengan coretan dan perkongsian..
syukur dipanjatkan kerana Allah telah memudahkan perjalanan dan urusan hamba-Mu ini meniti hari-hari mendatang..dari zaman kanak-kanak, ke zaman persekolahan rendah, sekolah menengah, zaman kampus, zaman bekerja dan kini perjalanan meniti kehidupan berumahtangga..semoga rumahtangga ini menjadi mawaddah warahmah dan menjadi pintu kelahiran para ulama' pada satu hari nanti..insyaAllah..
sekadar perkongsiaan kepada wanita-wanita diluar yg sana yg sedang menghitung hari bahagia bergelar suri..tempoh pertunangan yg dikatakan sebagai tempoh pelbagai dugaan dan cabaran datang sebenarnya boleh dielakkan dengan menjadikan kita bertunang x lebih sekadar hendak mengintai jendela hidup sebagai suami isteri dan bukan suami isteri lagi..dalam tempoh pertunangan sebaik-baiknya kurangkan berjumpa antara satu sama lain..jika hendak berjumpa untuk berbincang mengenai majlis pernikahan, kenduri, rumah yg bakal diduduki selepas bernikah dan sebagainya, perlulah bertemankan dengan mahram..itupun bertemu hanya sekadar perkara yg penting..insyaAllah perkara yg tidak sepatutnya dpt dielakkan..sy bukanlh ustazah, namun sekadar perkongsian..adab dan akhlak antara tunangan perlulah dipelajari..
berkenaan bajet majlis walimatulurus pula..sebaik-baiknya perlulah mempunyai perancangan yang teliti..bagi yg tinggal di bandar dan mempunyai bajet yg tinggi bolehlah memilih wedding planner dan berbincang mengenai majlis yg akan menjadi 1001 kenangan sepanjang hayat insyaAllah..macam saya, saya tinggal di felda dan Alhamdulillah saya telah menjayakan majlis secara besederhana..idea dan konsep yg saya pilih dapat dilaksanakan dengan bajet yg sederhana..perlu diingat kehidupan selepas itu lebih penting dan memerlukan belanja yg lebih..untuk memilih andaman, lebih baik ambil pakej yg berkenan dihati dan pastikan pihak butik boleh merealisasikan majlis perkahwinan idaman anda..berbicara berkenaan cameraman pula, banyak pakej-pakej yg ditawarkan, jadi pilih ikut bajet anda dan jangan ikut kata orang..
setakat ini dahulu..
Jazakallahu Khairan Kathira..
